Wednesday, July 1, 2015

ALIRAN FAHAMAN FALSAFAH


MAZHAB-MAZHAB FALSAFAH UMUM DI BAWAH/ ALIRAN FAHAMAN FALSAFAH

IDEALISME
Falsafah terawal & klasik yang terdapat di Barat (tradisional)
Tokoh : Plato, Descartes, Spinoza, Kant, Berkeley & Hegel
Fokus : akal, jiwa dan kerohanian kerana kebenaran hanyalah bergantung kepada 3 perkara tersebut
Lebih fokus kepada benda yang tidak nampak (tidak mementingkan kewujudan fizikal)
Idealisme
Falsafah ini dibentangkan oleh Socrates dan diikuti oleh Plato. Mengikut Plato, “Saya fikir, oleh itu saya wujud”, segala realiti adalah kebenaran hanya wujud dalam fikiran manusia. Kewujudan objek-objek fizikal di alam ini hanyalah manifestasi yang timbul dalam fikiran manusia.

Pendidik beraliran ini sangat pentingkan aspek nilai yang tinggi dalam muzik. Nilai muzik dianggap kekal, justeru hanya muzik yang bermutu sahaja dipelajari oleh pelajar. Malah, perancangan dan pembentukan kurikulum diberi perhatian serta tumpuan yang bersungguh-sungguh.

3.1       Kelebihan Idealisme
Falsafah ini berteraskan kesedaran intelek dan sistem berfikir secara rasional dan logik untuk mengenalpasti apa yang benar. Logik adalah alat untuk menentukan apa yang harus dilakukan dan tidak boleh digunakan pada setiap kali serta dalam semua situasi. Falsafah ini lebih bersifat statik, stabil dan sukar berubah. Ia juga kurang berminat terhadap inovasi, seperti fesyen pakaian yang sentiasa berubah.

3.2       Kelemahan Idealisme
Anggapan terhadap sesuatu nilai atau kebenaran yang kekal sepanjang masa, masih tidak mendapat persetujuan serentak daripada manusia tentang beberapa perkara. Tokoh falsafah tidak berupaya untuk menjelaskan kepercayaan baharu atau idea baru yang sering berubah dan berlaku dari semasa ke semasa. Malah, logik adalah senjata utama idealisme, tapi tidak semuanya boleh dipakai kerana terdapat perubahan dari semasa ke semasa.
Realisme
Seperti Idealisme, Realisme juga dikatakan mazhab falsafah tradisional
Tokoh : Aristotle, Russel,Fracis Bacon, John Lock
Fokus : Keseluruhan realiti ialah alam fizikal dan apa yang diluar alam fizikal tidak dianggap sebagai realiti
Mementingkan kewujudan fizikal untuk buktikan sesuatu
Falsafah ini dibentangkan oleh Aristotle. Pada pendapat beliau, realiti yang sebenarnya adalh terletak kepada apa yang dapat dilihat secara fizikal dengan mata, bukannya melalui idea atau pandangan. Secara am, ia tertakluk kepada sesuatu yang jelas dan nyata tetapi bukan kepada sesuatu yang ghaib dan abstrak.

Kebanyakkan tokoh falsafah ini bersetuju bahawa persepsi manusia atau akal manusia boleh dianggap sebagai ”cermin” realiti kerana apa yang dilihat merupakan satu realiti yang sebenarnya. Akal manusia hanya boleh melihat dan memahami apa yang terdapat dalam fizikal sahaja. Maka, sistem pemerhatian dan pembuktian secara saintifik boleh dikirakan yang paling sah bagi pengikut-pengikut realisme..

4.1       Kelebihan Realisme
Falsafah ini merupakan falsafah yang amat praktikal kerana ia berdasarkan reality dan boleh dilihat secara fizikal. Manusia tidak perlu menembus alam yang luas daripada kemampuan pancaindera. Manusia percaya bahawa pengetahuan manusia yang sedia ada kurang sempurna atau lengkap maka ini membolehkan manusia meneruskan usaha mereka untuk mencari kebenaran dan premis yang sedemikian.

Dalam konteks muzik, falsafah ini menyanjung pakar dan tokoh dalam bidang muzik. Teknik pernafasan sewaktu menyanyi dan posisi serta postur bdan yang betul sewaktu bermain gitar merupakan penemuan oleh pakar nyanyian pada waktu dahulu. Menurut falsafah idealisme, kesemua ini merupakan teknik yang sah diguna pakai. Teknik yang lain sekiranya ditemui, ia hanyalah satu kesilapan

Pragmatisme
Tergolong dalam mazhab falsafah kontemporari (moden)
Tokoh : John Dewey, Charles Darwin, William James
Alam semesta bersifat dinamik dan manusia perlu mendapat pengalaman sebagai bukti kebenaran
Juga dikenali sebagai empirisme,fungsionalisme, eksperimentalisme atau falsafah orang Amerika
Fokus : Pengalaman & dinamik
Menolak konsep metafizik (ketuhanan)

Eksistensialisme
Mazhab eksistensialisme wujud selepas perang dunia ke2
Tergolong dalam mazhab kontemporari (moden)
Tokoh : Soren Kierkegaad, Karl Jaspers
Eksistensialisme dipelopori oleh orang Eropah, jadi ianya dikenali sebagai falsafah orang Eropah.
Fokus : Kebanyakkan idea dan pengetahuan seseorang adalah berasal daripada pengalaman bebas atau laissez faire
Kehidupan adalah tanggungjawab individu. Setiap orang bebas menentukan
keputusan dan pilihan
mereka

No comments:

Post a Comment